Sunday, December 6, 2009

Sup Tulang & Perut Air Asam

Semalam tak sempat nak update, saya terajin masak plak. Mencuba masak sejenis masakan yang tak pernah saya masak. Resepi2 ini adalah hasil ajaran mak saya. Sesiapa yang rasa2 nak mencuba resepi sempoi ni, silakan...outcome dia yummy banget (for me la) w/pun the tulang tu dah kurang rasa kemanisan aslinya sbb dah simpan dlm fridge seminggu (sisa2 qurban last week).

Resepi 1: Sup Tulang 
Bahan2:
1. Tulang lembu
2. sup bunjut/apa2 jer rempah sup yg ada
3. halia - potong besar2
4. bawang merah & putih - dihiris halus & digoreng
5. Daun sup - dihiris halus
6. cili padi - dihiris halus
7. air
8. garam secukup rasa
9. Limau nipis



cara2nya:
mula2 rebus tulang yang di campur dengan halia guna slow cooker / api yg paling slow. Kalau ada periuk tekanan, lagi bagus sbb tujuannya nak kasi daging empuk jer. Agak2 separuh rebus, masuk sup bunjut dan garam.

Bila daging dan empuk, angkat masuk dalam mangkuk besar dan taburkan bahan2 yang lain. Picit limau..terus sedia utk di makan.



Resepi 2: Perut Air Asam

Bahan-bahannya:
1. Perut Lembu
2. bawang merah - dihiris halus
3. cili padi - dihiris halus
4. Limau nipis
5. garam
6. air

Cara-caranya:
Mula2 rebus perut, bubuh sedikit garam. Again, tujuan rebus ni untuk kasi empuk, so kalo ada pressure cooker lagi bagus.

Bila dah empuk, sejukkan and potong perut nipis2, comel2. Letak dalam pinggan and masukkan bawang merah dan cilipadi dan picitkan limau dengan banyak. Gaul & ready to eat with rice.


Ok, kawan2..selamat mencuba

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails