BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 6, 2010

PAHANG: Genting Highlands...kota keringan untuk org dewasa jugak!!!

Date: 3-4 Feb 2010

 
view from our room's window

Trip kali ni adalah surprise leisure 1D1N trip for my dear husband. It's sempena birthday dia yang ke-33. Dah booking bilik lama dah, so lama jgk la saya berjaya simpan this secrect ni. This plan just come out a few weeks ago bila my brother asked for my help make a room booking for him. Ada promotion katanya, harga sangat murah equivalent to 1 hostel bed kat Sabah = RM25 nett, seriously sgt cheap. So, apa lagi saya pun booking la jgk std room at First World Hotel. Ok berjaya!!! oleh kerana harga bilik sgt murah, so i don't expect more other than a clean bed n with hot shower..it's turn out, yes i'm quite satisfied with the room, it's my luck to get a room with a clean toilet n bathroom and the theme park view also nice (ada bilik yg bukak2 tingkap nampak dinding jer). Ada jgk terdengar complaint from jiran2 sehotel, pipe broken la, itu ini..thank God mine is ok. Bertolak from KL after maghrib and kami sampai around 9pm..itu pun bawak kete relax2 jer..sib baik dekat kan.

After check-in, jalan2 kat building milik Goh Tong yang kaya raya tu. Sempena CNY ni banyak jgk la decoration bertemakan CNY. Meriah sungguh
 
me at hotel's entrance, ala vienna's sampan, Genting's Eiffel tower



Snow world, genting's statue of liberty and genting's sakura light



Genting's mini, me at hotel entrance, edan with CNY deco at 1st world hotel


 Celebrating Edan's birthday in 15 degree celcius dingin weather 

ok..end of day 1 story...ZZZzzzzz

4 Feb: wake up a bit late drpd biasa..betul2 relax and nyaman dgn natural a-cond ni..lain la rasanya dgn a/c cap panasonic/hitachi/dan lain2. Sangat suke!!! pi breakfast and naik atas kemas2, check-ou at 12pm..simpan barang2 semua dalam kereta, then kitaorg ke Theme park. Last time masuk theme park was in year 2001/02, can't remember when. Lama sgt dah tu. Time tu gila nak naik yg mencabar jer. Tp this time sbb umur pun dah meningkat and Edan pun dgn warning nya..kunun2 buat xtvt2 yg bg adrenalin naik akan effect organ dalaman..ok la whatever, ikut jer la..hehehe..masa beli tix, turn out b'day boy free pass for outdoor theme park. Jimat RM38..hehehe..
   
From left: happy b'day boy, me dgn jet yg tak takut lgsung and me at jambatan gantung



From left: ikan koi yg gumuk, london double dec, us dgn statue apa ntah


 
me mengayuh boat, edan with his 1st scary momento and dino boat show (sesuka ati bg nama)


 
Go kart, merry go round and antique car

Outdoor theme park close at 7pm during weekdays and we stopped around that time, after maghrib kitaorg balik KL kepenatan gila...and 1 good thing about Genting, they provide banyak surau and clean toilet inside and outside theme park.


Friday, February 5, 2010

Camping @ Chiling Waterfall

Trip Date: 30-31st January 2010

i am super bz la nowdays and plus banyak sangat cuti2 internet, sakit and kerja..and also malas jugak nak men spendkan masa kat blogging. But since this event consider event yg hebat jugak la, hebat ke? so i want to share with all outdoor lovers out there especially for the beginner. Why beginner? sebab this place have kemudahan toilet and surau. The camping area also very clean and lapang and bersih..no need la parang nak tebas2 hutan tebal kan..:)P ok as usual my story teller Itinerary for that day..

30 Jan, 8.30am: bertolak from Desa Pandan toward Bkt. Beruntung via highway Utara-Selatan (actually boleh keluar kat Exit Rawang). But since nak kena berjumpa dgn seorang mamat ni kat sini, so terpaksa la singgah kat Bkt. Beruntung ni...breakfast kat kedai mamak, borak2 sakan..sampai lupa arah tujuan asal ok. Gerak from Bkt. Beruntung i think around 1pm kot...stop Tapau kat Kuala Kubu Baru..ni utk bekal makan tepi waterfall tu nanti. Sampai kat Chiling Fish Sanctuary around 2pm..check-in campsite

 

2.30pm: start trekking to the marvelous Chiling waterfalls. Actually ada kejadian memalukan ari tu, sepatutnya half an hour jer boleh sampai tp sbb terlampau bergelak ketawa, tersalah jalan ter mendaki bukit..tinggi jgk la kan...trek landai ke Chiling waterfall dalam 3km. Sepanjang perjalanan kena cross 6 rivers, ada yg paras lutut and ada yg paras pinggang. Just follow the sign and sila alert yer..jgn memandai nak cross di kwsn bukan pilihan, mana tau ada lubok dalam. Ok, bawah ni gambar2 di sepanjang perjalanan and di waterfalls nyer yg cantik amat itu.

5.00pm: balik jalan ke camp site (forest ranger suh balik before 5.30pm)
6.00pm: Start BBQ. Ada lamb, meat and chicken..and also ada skewers..lazattttt..tgk kaki ar siapa yg buat rempah marinate tu..hehheeh

 

 9.00pm: habis makan n start borak n main pakau...and ajaib nya, main sampai pukul 4 pagi!!!! gila
31 Jan: 4am: Tido, 7.30am: bangun...mandi kedebus2 kat sungai depan khemah plak



12.00pm: Ke T. Malim (dlm 22km dr KKB), nak pi kedai pau sedap..makan2..terus msk highway from T. Malim ke KL..tol RM9.50..end of our journey

Wednesday, January 27, 2010

Anne's bigggest Loser coming soon..

Sorry, it's not a new reality tv show..it's just my show here at my office building, level 40 every lunch break from 1.15pm to 1.45pm. I wanted to do steady 30 minutes exercise every monday to friday. Within that limited time i managed to run for 1.5-2km on treadmills and other gym stuff. I feel great now and more energetic and focus..my husband said that my size is getting smaller but I don't know about that if it's even true or not because my weight is still the same for the past exercise day. Tommorow, i'll start consuming the Slim Diet II (SDII) and hoping for a good results soon. I will update my weight from week to week. I feel like writing in proper english after this because a few months i will be a student again.


x.o.x.o, desperately on diet skema wannabe student babe

Sunday, January 24, 2010

I am on Diet and These are my homemade menu

My weight is 60kg and my target is 50-53kg and it need some effort because of my not so young age anymore. But the problem is i love foods and i love to eat. I don't like the idea of starving to lose weight. Here, i came out with some recipes that i creatively invented myself. More to come in future. The photos will come out later however.

Recipe 1: Steam Chicken Sandwich
Ingredients: Chicken (Steam and slice), egg (boil and slice), whole-meal bread, vegetables spread, cucumber (slice), tomato (slice), chili sauce, tomato kechup, salt and pepper

Put all of them together like you're making a normal sandwich in whatever you like order. No need to grill/fried the bread.

Recipe 2: Chicken Soup

Ingredients: 1/4 Chicken, ginger (1 inch and slice), 4 potatoes (slice cube),  tomato (half), garlic (slice), small chillies, 1/2 Onion (slice), black n white pepper, salt, water

boil chicken with ginger and garlic, then put potatoes and other ingredients. Cook until meat and potatoes are well cooked. Best eaten with wholemeal bread.



Happy Trying!!!!

Friday, January 22, 2010

MY REDDY LAPPY PLACE

Now, i'm in a mood layan english drama series plak..b4 this kan asyik dok sibok layan drama korea jer tak kira la kat mana, kat office mahupun di rumah..ada one time tu hari2 tak kuar lunch atau ke gym sbb nak abiskan citer2 korea yang tak habis2 tu. Ada jer citer baru yang best2 kan..pernah jgk layan kat surau, pernah jgk layan dlm bilik meeting, gila acdicted la kan..kesimpulannya citer korea ni boleh dilayan di mana2 sbb semua citer 12 tahun ke atas, no SX or PL or whatever yang parents dun want their children to see...however, citer mat salleh ni lain la plak kaedah nya, banyak sgt unwanted scene to be seen by my bosses or other male colleugues. You know what scene i'm talking about...that dot dot dot scene especially when you're watching X.O.X.O., GOSSIP GIRL..so, the most private place for those scene is absolutely in my house.

I bought this cheap cutey mini green bed table at Ikea and sangat la selesa melayan gossip girl on my very so comfort bed and lovely and peaceful bedroom (my hubby said), but sometimes my cats suka menkecohkan keadaan dgn bergurau kasar sesama kucing..and they will be kicked out for such unhuman behavior (mmg la unhuman sbb they all tu kucing..hehe)

from,
X.O.X.O., Gossip Girl


Asam Pedas Melaka @ Kg. Pandan Dalam

Location: Jalan Pandan Kemajuan A, Kg. Pandan Dalam..sila click map kat bwh tu




Another department lunch yang di sponsored 100% oleh my boss, Kak Anie. Banyak kali jugak la saya dah pernah makan kat sini before this. Specialthy nya adalah asam pedas melaka. ada macam2 ikan yer, ikan merah, jenahak, parang, pari, kembung and...Harga tu boleh tahan la jgk mahalnya tp berbaloi la sbb sedap...Ko bayangkan la big boss saya yang tak kuat makan pun boleh tambah nasi bila makan kat sini. Lelaki2 yang lain pun makan at least 2 pinggan. Ikutkan nafsu mmg saya nak tambah, tp saya ikutkan akal n hati, sbb skrg tgh program diet buatan sendiri. Sia2 la berlari kat gym 2km sehari kalau makan tak ingat dunia kan. Makanan memang puas hati la tp yang saya tak puas hati, ialah dari segi interior kedai tu, kasi la cantik sket at least kasi cat ke, gantung gambar ke, letak langsir ke, letak pewangi (bukannya mahal mana pon kos).Cantik mata ni memandang bertambah lagi selera. Ni tak bau pun hapak..hahhaha...nak bawak awek 1st time malu ni, nak bawak ayah sendiri pun malu sbb ayah saya ni kalo gerai2 ni dia ingat cikai2 jer, padahalnya harga boleh tahan jgk mahalnya..Rasanya untung ribu riban sebulan, takkan nak belanja kat kedai sekali setahun pun kedekut. Tu la org melayu kita ni, lain benar dgn kaum lain kan? sangat pelik sbb banyak gerai2 yang fames ames kat KL ni tak di hias cantik, mcm kedai haram jer. Kerusi meja pun dah hitam (asalnya putih cerah) dek makan panas hujan bertahun2 lamanya. Macam mana la nak berkembang kalo org kita jer yang makan, kalo cantik tu boleh la jgk promote kat pelancong2 asing kan...boleh la di masukkan dlm jalan2 cari makan giteewww...ni setakat promote kat org kita local jer la..org kita ni pi negara orang kalo kedai mcm ni jgn harap la nak jejak kaki, geli katanya...tp kat negara sendiri gerai tepi longkang, tikus lalu lalang wat tak peduli jer..kenapa yer agaknya?


Tuesday, January 19, 2010

Al-Rawsha Restaurant

Dah lama dah nak share this Iran restaurant terletak very near to KL city centre. This restaurant is my father and hubby's fav restaurant. Terkenang kisah silam kata ayahnya...arabic or Indian foods mmg their favourite la. Especially lamb and grill chic & meat. This restaurant have this cute mini menu yang boleh di bawa pulang. So, i scanned and share with you guys here. Boleh la korang tengok2 and budget2 before datang tu...harap gambar kat bawah tu clear, ada sekali ngan address and ctct number tu..saya pernah makan Chicken Mandy, Lamb Mandy, Al rawsha Grilled, Tebouleh, red mint tea and Barbican and fresh juices (tak ingat perasa apa)...planned to try the seafood selection, soup and spaghetti on my next visit...

Food review: Low fat (grilled/steam), sour salad (which i loike) and the fruit juices tu sgt pekat. Dari segi taste pulak semuanya sedapppppppp, nyum nyum..value for money to spend!!!



and bawah ni gambar2 saya with families....

 


and with friends....



Sunday, January 17, 2010

Restoran Pelita Nasi Padang

Location: Taman Nirwana, KL

This restaurant was introduced by my hubby bubbly. Lately my laki ni dah jadi kaki jalan2 cari makan sbb his boss suka makan. Nampak gayanya susah la saya nak merealisasikan impian saya nak kurus tahun 2010 ni sbb byk lagi restoran2 yang bakal di perkenalkan kepada saya...This restaurant served nasi putih + lauk pauk keluaran Indonesian..waitress pun Indonesian from Padang i guess. Lauk nampak mcm biasa mcm lauk-pauk kedai melayu yang lain tp still ada la different especially the ayam n daging bakar, the kerabu look a like and the sambal merah n hijau. Harga pun cheaper la compared to other Nasi Padang restaurant di KL ni. Kalau korang nak cuba jemput2 sila la berkunjung...ada free wifi jugak...bawah ni ada tel. number restaurant ni..sila la kol kalau sesat jalan mencari...


Tuesday, January 12, 2010

Hadi and Adiela Engagement Day on 10.01.10

Location: Klang, Selangor

Hadi is my cousin from my mother's side. The ceremony was fun, foods were delicious, Adiela was gergous and the crowds were fantastic (the most fantastic one is me..:)P). Hantaran from Hadi 9 berbalas 17 dulang. Puas kitaorg makan kek, sampai hari ni tak habis2 makan. Enjoy the photolicious taken by me and my brother...malas la nak citer panjang...



 
 

Masjid Sultan Al-Mizan, Putrajaya

Location: Nearby Government Offices,  Putrajaya

Lawatan secara tak sengaja to this mosque which is well know as Masjid Besi. It has a large proper, inside building car park, very tall ceiling n modern design, energy savings and very environmental friendly. Duduk lepak kat dalam tu lama pun tak apa sbb sgt selesa n nyaman walaupun no aircond or fan. They used some kind of tech by using water (recycle) and wide open space to cooling the place. and me really love the plain, white, silver colour for almost all area (hopefully the colour will remained forever). Inside ada escalator and lift too easier for old/disable people. I wish i live nearby this mosque..Lucky them, the govt people. Adakah saya menyesal tolak PTD dulu??? nahhh..dun think so...



Kalau nak tau lebih lanjut about this mosque, boleh la baca article bawah ni which i get from wikimapia. A bit long tapi penuh dgn information..kalau ada pop quiz 'bout this mosque, sure korang boleh score A lepas baca.


Bangunan guna enam ribu tan keluli dan material telus cahaya jadi mercu tanda baru di Putrajaya

Berkonsepkan seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya.

Indahnya binaan dari keluli itu mungkin masih belum dapat dilihat dengan mata kasar namun keunikan masjid yang keseluruhannya berkeluasan 73,795 meter persegi itu amat istimewa. Malah, Masjid Besi ini dikatakan bakal menjadi sebuah mercu tanda baru pusat pentadbiran negara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.

Pembinaan masjid bermula April 2004 dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan. Dengan keluasannya yang sekali ganda lebih luas berbanding Masjid Putra, Putrajaya ia dijangka mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar Perbadanan Putrajaya, Ir Mohd Ridzwan K Othman, berkata cetusan idea untuk membina sebuah masjid baru di Putrajaya wujud sekian lama dulu. Malah, dalam Pelan Induk Putrajaya yang diluluskan kerajaan, ada diperuntukkan dua kawasan untuk dibina masjid di Putrajaya.

“Hasrat perbadanan adalah menyediakan tempat beribadat yang selesa bagi umat Islam sekali gus menampung keperluan kakitangan kerajaan dan juga penduduk setempat iaitu dari sekitar pusat bandar atau core island di Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18.

“Anggaran kasar, sejumlah kira-kira 23,633 kakitangan akan dijanakan apabila keseluruhan parcel Pejabat Kerajaan dibangunkan kelak. Manakala seramai 28,420 penduduk juga akan mendiami kawasan sekitar apabila kesemua projek pembangunan perumahan siap dibina,” katanya.

Berdasarkan kapasiti jemaah yang ditentukan di dalam Pelan Induk Putrajaya iaitu 20,000 jemaah, pihak perbadanan meminta arkitek bertanggungjawab iaitu Kumpulan Senireka Sdn Bhd mereka bentuk sebuah masjid berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).

Mohd Ridzwan berkata, selepas beberapa siri perbincangan, didapati binaan dari struktur keluli dapat memenuhi konsep reka bentuk diinginkan iaitu bangunan yang tidak kelihatan terlalu besar.

Lalu terhasillah sebuah masjid dengan penggunaan 6 ribu tan keluli bersamaan 70 peratus dari keseluruhan binaan manakala selebihnya adalah konkrit.

Bagaimanapun, keluli hanya menjadi kerangka masjid kerana ia akan dikemaskan dengan material telus cahaya pada setiap tiang dan dinding menggunakan crystalized glass menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh. Apabila malam, cahaya lampu akan menambah keindahan Masjid Besi yang boleh dilihat dari jambatan Seri Saujana.

Ciri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjid dipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau Architectual Wire Mesh yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.

Malah, di sini juga tiada dipasang walau sebuah kipas. Tapi, bagi menjamin keselesaan pengunjung, pihak perbadanan menggunakan sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) di dalam bangunan masjid bagi menggantikan sistem penghawa dingin.

Anyaman Masyrabiah di Masjid Besi diimport khas dari Jerman dan menjadikan ia satu-satunya bangunan dengan anyaman besi tahan karat yang wujud di negara ini. Kemudian ia dilitupi pula panel bercorak geometri pada bahagian luar, juga dari jenis besi tahan karat.

Mohd Ridzwan berkata, rujukan yang digunakan untuk menggunakan dinding Masyrabiah adalah stadium terkenal milik pasukan Real Madrid iaitu Stadium Bernabeu, perpustakaan negara di Paris yang menggunakan dinding berkonsep sama untuk ruang meletak buku setinggi 20 tingkat dan ruang letak kereta di Barcelona.

Apabila pembinaan Masjid Besi siap nanti, pengunjung yang ingin beribadat atau sekadar berkunjung ke masjid ini bakal disambut dengan seni kaligrafi yang terukir di hampir setiap ruang masjid.

Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra.

Begitu juga di sekeliling Masjid Biru, ia seolah-olah sebuah pulau dengan dikelilingi binaan konkrit kolam bertingkat. Ia kelihatan seperti mini air terjun yang melimpah ke dalam takungan kolam kedua menjadikan kawasan ini tempat yang sesuai untuk beristirehat sambil menunggu azan berkumandang.

Disambut binaan pintu gerbang konkrit yang dibina menggunakan glass reinforce concrete (GRC), pengunjung akan melalui Iwan Utama menuju ke laman atau Sahn dalam bahasa Arab. Indahnya binaan konkrit putih itu, ia dilatari ukiran Asma Ul Husna yang terkandung 99 nama Allah SWT menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth.

Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.

Menjengah ke ruang solat, mata pasti terpaku melihat dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir kerja tangan tempatan iaitu dua baris ayat dari surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan surah Ibrahim di sebelah kiri.

Uniknya cermin itu, ia tidak memantul kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Dinding Mihrab inilah yang akan menjadi fokus utama ruang solat Masjid Besi Putrajaya itu.

“Masjid yang kini 75 peratus siap dan masih belum mempunyai sebarang nama mempunyai hanya satu kubah diperbuat daripada keluli.

“Selain itu, ia juga akan dilengkapi sistem audio visual terbaik bagi memastikan tiada sebarang masalah seperti pantulan bunyi berlaku ketika azan atau ceramah agama dibuat,” katanya.

Mohd Ridzwan yang ditemani Timbalan Pengarah Pembangunan Kemudahan Awam, Jabatan Pembangunan Awam Perbadanan Putrajaya, Norhayati Abdullah, pada pertemuan itu berharap umat Islam di negara menggunakan kemudahan itu yang menjadi ikon pada Putrajaya. Walaupun menjadi tumpuan diplomat dan pelancong dari seluruh dunia, umat Islam di negara ini wajar mengimarahkan masjid dan tidak membiarkan ia kosong serta terbiar.

FAKTA: Kemudahan disediakan
• Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
• Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
• 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
• Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
• Dapur
• Bilik VIP
• Bilik penyelenggaraan
• Bilik jenazah
• Pejabat
• Bilik kawalan audio visual
• Ruang letak kereta (bawah tanah)

Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat

Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna

Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang

Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara

FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya
• 60,156 - Meter persegi, luas masjid
• 20,000 - Kapasiti jemaah.

Related Posts with Thumbnails